Saturday 5 October 2013

PENGENALAN

Assalamualaikum wbt

PUSAT DIALISIS KAJANG ini mula ditubuhkan sejak 2006 dan telah beroperasi sehingga hari  ini. Ia terletak di bandar Kajang berhampiran dengan Hospital Kajang yang hanya mengambil masa lima minit perjalanan. Pusat ini menawarkan kemudahan perkhidmatan dialisis dan  pengangkutan bagi mereka yang tidak mempunyai  pengangkutan. Pusat ini juga mempunyai doktor Person In Charge Clinic (PIC) iaitu Dr Mazlan bin Mat dan doktor Pakar Nefrologi Dr Gan Wee Hin yang berpengalaman yang akan membantu dan membuat pemeriksaan tetap setiap  pesakit di pusat  ini. Terdapat fleksibiliti dalam mendapatkan rawatan iaitu seawal jam 7 pagi dan selewat-lewatnya jam 4 petang dari hari  Isnin sehingga hari Sabtu termasuk  cuti am. Pusat dialisis ini ditutup pada hari Ahad sahaja.

Pusat ini menerima pesakit daripada panel PERKESO, JPA, ZAKAT SELANGOR, YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA, DBKL, PDRM, VETEREN ATM, FELDA, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, UPM  dan TAIWAN BUDDHIST SOCIETY.Sehubungan dengan itu, pihak kami juga menerima bayaran secara tunai jika pesakit itu  tidak mempunyai sebarang panel. Bagi pesakit yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan, pihak kami akan membantu untuk mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan. Kelebihan pusat ini juga ialah kami menyediakan perkhidmatan dahulu dan bayaran kemudian.

Buat masa ini, pusat dialisis kami mempunyai seorang pengurus, 2 jururawat terlatih, 2 pembantu jururawat, dan enam buah mesin dialisis. Pusat kami juga menepati ciri-ciri yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Moto Pusat Dialisis Kajang ialah We Care, We Share

No comments:

Post a Comment